Posts

ENTRI 14 - KESIMPULAN

Image
     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya, hari ini saya akan mengakhiri kerja saya dengan berkongsi perasaan saya sepanjang 14 minggu ini belajar BBK 3410 iaitu subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Semasa saya mendaftar kursus ini, saya langsung tiada idea tentang kursus ini. N ama pensyarah saya ialah Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin. , saya dapat merasai beliau merupakan seorang pensyarah yang hebat dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar. B eliau menerangkan rangkaian kursus dan tugasan dengan jelas. T ugasan yang diberikan oleh beliau amat cabar terutamanya tugasan yang kedua iaitu mencipta lima buah sajak dan 2 buah cerpen kerana saya tidak mahir menulis dan saya tidak pernah mencipta sajak dan cerpen dahulu. N asib baik, saya dapat menyempurnakan tugasan itu dengan sempurna melalui pengajaran beliau. B egitu juga dengan tugasan pertama dan tugasan ketiga.       M elalui kursus ini, saya dapat mengenali banyak sasterawan...

ENTRI 13 - SHAHNON AHMAD : RANJAU SEPANJANG JALAN

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang penulias sastera yang terkenal iaitu Shahnon Ahmad.       Prof. Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad  juga dikenali dengan nama penanya, Juwahir dan Tutang, dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman Sik, Kedah Darulaman. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 26 Disember 2017 dalam usia 84 tahun. Beliau mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an dan telah muncul sebagai penulis yang bakat dalam masa 10 tahun. Beliau merupakan seorang penulis prolifik yang menghasilkan karya kreatif khususnya cerpen dan novel serta ulasan artikel dan terjemahan. B eliau juga merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang kedua pada 9 Oktober 1982.       Novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ adalah salah satu karya daripada Shahnon Ahmad yang diterbitkan pada tahun 1966 dan mempunyai sebanyak 188 halaman. N ovel ini banyak menyentuh tentang kemiskinan dan perjuangan keluarg...

ENTRI 12 - DATO' DR. AHAMD KAMAL ABDULLAH : ANNA

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan pengarang sastera yang terkenal iaitu Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah .       Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah   juga dikenali sebagai Kemala atau Akmal Jiwa yang merupakan nama penanya. Beliau dilahirkan di Gombak, Selangor pada 30 Januari 1941 dan meninggal dunia pada 27 Oktober 2021. B eliau pernah berkhidmat sebagai Guru (1963-1968) di Kuala Kubu Baharu, Tanjung Karang, Teluk Gong, Pelabuhan Kelang. Pada Mac 1968, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penyunting. Kemudian, sebagai Redaksi majalah Dewan Pelajar, Dewan Sastra. Jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.   B eliau merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang ke-11 pada tahun 2011 dan pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award)   ke-8 pada tahun 1986. Karya yang ditulis oleh beliau merangkumi cerpen, puisi, drama, buku kajian sastera dan buk...

ENTRI 11 - BAHA ZAIN : BERGURU PADA BINATANG

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang terkenal iaitu Baha Zain.       Nama sebenar Baha Zain ialah Dato ’   (Dr.) Baharuddin Zainal. Beliau dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939. beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1963 dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta  (1972). Baha Zain mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1963 sehingga 1984 dengan pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera serta bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebelum terjun ke dunia penerbitan melalui Pustaka Cipta Sdn Bhd   pada tahun 1985. Beliau pernah menulis puisi, esei atau kritikan, cerpen dan sebagainya. B eliau merupakan Sasterawan Negara yang ke-12 di Malaysia pada tahun 2013 dan pemenang S.E.A. Write Award ke-2 pada tahun 1980.  ...

ENTRI 10 - MOHD. ANWAR RIDHWAN : HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera bernama Anwar Ridhwan.       Mohd. Anwar Ridhwan ialah seorang penulis novel Malaysia   dan dianugerahi sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Ogos 2009. N ama sebenar beliau ialah Dato’ Dr. Anuar Haji Rethwan. B eliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. beliau dilahirkan di sebuah keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor.       Karya yang saya pilih ialah novel ‘Hari-hari Terakhir Seorang Seniman’. Novel ini diterbitkan pada tahun 1979 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mempunyai 189 halaman. Novel ini kemudian telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Urdu. Anwar Ridhwan pernah memenangi anugerah Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Anjuran Yayasan Sabah (GAPENA) pada t...

ENTRI 9 - ABDULLAH HUSSAIN : HADIAH

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang bernama Abdullah Hussain.       A bdullah Hussain, penerima Anugerah Sasterawan Negara merupakan seorang penulis dan novelis hebat dan terkenal yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan. Pendedahan beliau di dunia penerbitan dan penulisan bermula sekitar tahun 1939 apabila beliau bekerja dengan syarikat surat khabar Sahabat di Pulau Pinang. Beliau telah menghasilkan novel, kumpulan cerpen, terjemahan, autobiografi dan sebagainya. Beliau juga dianugerahi S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 1981.       Karya yang saya ingin memperkenalkan bertajuk ‘Hadiah’. ‘Hadiah’ ialah sebuah cerpen yang ditulis oleh Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1973 dan mempunyai 329 halaman. C erpen ini menceritakan Azizah, seorang murid yang pintar dan berasal daripada keluarga yang miskin. P ada suatu hari, semua orang sedang bercakap tentang Hari Guru yang bakal d...

ENTRI 8 - ARENA WATI : BUNGA DARI KUBURAN

Image
1.  Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan pengarang sastera yang terkenal yang bernama Arena Wati.        N ama sebenar Arena Wati (nama pena) ialah Muhammad bin Abdul Biang. Beliau dilahir pada tahun 30 Julai 1925 di Kampung Kabupatan, Jeneponto, Makassar, Indonesia. Beliau pernah menerima banyak anugerah seperti Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) (1985), Anugerah Sasterawan Negara (1987) dan lain-lain lagi. A rena Wati meneroka dunia penulisan dengan mencipta novel, cerpen, puisi dan wacana yang merangkumi pelbagai ilmu tentang kehidupan.       Karya Arena Wati yang bertajuk ‘Bunga Dari Kuburan’ ialah sebuah novel. Novel ini adalah jilid pertama dari tiga siri novel. J ilid pertama ini mengambil lokasi Amerika dan memberi tumpuan kepada isu-isu Amerika dan perspektif  mereka tentang masa dahulu dan masa depan Asia Tenggara. Novel ini diterbitkan pada tahun 1987 dan mempunyai 376 halaman.     ...