ENTRI 11 - BAHA ZAIN : BERGURU PADA BINATANG

Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang terkenal iaitu Baha Zain.

 


    Nama sebenar Baha Zain ialah Dato (Dr.) Baharuddin Zainal. Beliau dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939. beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1963 dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta  (1972). Baha Zain mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1963 sehingga 1984 dengan pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera serta bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebelum terjun ke dunia penerbitan melalui Pustaka Cipta Sdn Bhd pada tahun 1985. Beliau pernah menulis puisi, esei atau kritikan, cerpen dan sebagainya. Beliau merupakan Sasterawan Negara yang ke-12 di Malaysia pada tahun 2013 dan pemenang S.E.A. Write Award ke-2 pada tahun 1980.



  Cerpen ‘Berguru Pada Binatang merupakan salah satu daripada karya beliau. Cerpen ini merangkumi 11 buah cerpen termasuk dua buah puisi. Karya ini diterbitkan pada 2000 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. dan mempunyai 53 halaman. Watak haiwan digunakan untuk menulis cerpen-cerpen dan puisi-puisi. Tujuannya bukan sekadar untuk menghiburkan tetapi turut mendokumentasikan fikiran beliau tentang dunia haiwan yang disepadukan dengan nilai-nilai dan tingkah laku manusia.

 

    ‘Dunia Baharu Seekor Katak : Dari Tempurung ke Tong Sampah merupakan salah satu cerita dari Berguru Pada Binatang. cerita ini mengisahkan seekor katak yang gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat kerana enggan disifatkan sebagai katak di bawah tempurung. Oleh itu, ia berusaha mencari penempatan lain dan terjumpa satu tong yang besar, lebar, tinggi dan kosong. Apabila nampak tong itu, katak beranggapan bahawa dirinya tidak berada di dalam situasi yang sempit lagi.jadi, dia pun mencari jalan untuk melompat masuk ke dalam tong itu. Rupa-rupanya, tong itu ialah tong sampah yang ditimbuni dengan pelbagai jenis sampah dan katak itu mati akahirnya kerana dihempap oleh sampah-sampah itu.

 

    Berdasarkan cerita ini, Baha Zain ingin menyelar sikap manusia khususnya ahli politik yang cenderung menukar parti dan menyokong demi kepentingan , kemewahan dan keselesaan sendiri tanpa kefahaman jelas parti yang hendak disokong.

 

    Selain Dunia Baharu Seekor Katak : Dari Tempurung ke Tong Sampah, Berguru Pada Binatang juga merangkumi cerita lain seperti ‘Ayam Jago Sombong’, ‘Sindorm Ayam Belanda’, ‘Awas Naga-naga’, ‘Singa Tetap Singa’,’Teori Pengurusan Lembu’, ‘Beruk Sumbang’, ‘Kancil Hendak Menjadi Gajah’, ‘Anak Elang dan Angin Sakal: Kalau Kail Panjang Sejengkal’, ‘Ular Senduk yang Seperti Menelan Ekornya Sendiri’, ‘Pipit Lupakan Bulu’, Adat Pohon dan Binatang’, ‘Klalau di Senduk yang Seperti Menelan Ekornya Sendiri’.

 

Sekian, terima kasih.

 

Comments

Popular posts from this blog

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

ENTRI 6 - USMAN AWANG: DEGUP JANTUNG

ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH