ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH

Selamat sejahtera, hari ini saya ingin memperkenalkan seorang pengarang sastera yang bernama Siti Zainon Ismail.



    Siti Zainon Ismail dilahirkan pada 18 Disember 1949, di Gombak. Beliau merupakan penyair tanah air yang mempunyai riwayat yang panjang dalam bidang penulisan seni sastera, budaya dan akademik. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, novel, kajian ilmiah dan hal ehwal seni budaya. Berdasarkan pengiktirafan dan pengalaman yang luas, karya seni yang dicipta oleh beliau melalui puisi dan cerita pendek dijelmakan secara estetik. Selain itu, beliau juga merupakan penerima Anugerah Sastera Negara dan juga membawa gelaran Sasterawan Negara yang ke-14 dan menerima anugerah S.E.A Write Award pada tahun 1989.




    Kumpulan cerpen ‘Bunga Putik Putih’merupakan salah satu karya daripada Siti Zainon Ismail pada tahun 1991. Cerpen ini mempunyai 133 halaman. Cerpen ini merupakan antologi cerpen ketiga Siti Zainon Ismail sesudah Seri Padma dan Attar dari Lembah Mawar. Kumpulan cerpen ini telah memuatkan beberapa cerpen yang merangkumi pelbagai tema dan persoalan diketengahkan dan ditangani dengan teknik dan kaedah yang unik dan amat puitis serta menyentuh perasaan.Pengarang mencipta dan membincangkan persoalan dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan antara golongan seniman dan pelukis, kisah cinta yang sering mencetus konflik antara jiwa lelaki dan wanita serta nostalgia terhadap kehebatan bangsa pada masa lampau.Keunikan antologi ini terletak pada teknik penulisannya yang menggabungkan teknik konvensional, absurd dan kompleksiti yang mengundang daya fikir dan renungan pembaca. 

 

    Siti Zainon Isamail memberi sumbangan yang besar dalam bidang penulisan. Selain seorang penulis, beliau juga merupakan seorang pelukis. Bakat beliau menyebabkan beliau dikenali dan dijunjung oleh semua orang serta menjadi ikon di negaranya sendiri.

 

Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

ENTRI 6 - USMAN AWANG: DEGUP JANTUNG