ENTRI 6 - USMAN AWANG: DEGUP JANTUNG

Selamat sejahtera hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang terkenal, iaitu Usman Awang.

 


    Usman Awang dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili Kota Tinngi Johor pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001 dalam usia 72 tahun di Kuala Lumpur. Beliau meninggal dunia akibat penyakit jantung.Karya Usman Awang menyerlahkan ilhamnya yang bernas dan penuh makna tersirat menarik ramai pembaca untuk mengikuti karyanya. Beliau terkenal dengan nama penanya, iaitu Tongkat Warrant dan Adi Jaya. Beliau merupakan penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983 dan menjadi sasterawan negara yang ketiga selepas Keris Mas dan Shahnon Ahmad.

 


    Cerpen 'Degup Jantung' pernah difilemkan kepada drama dan bersiar pada tahun 1979 di Malaysia. Dalam cerpen ‘Degup Jantung’, penulis terkemuka tanah air mengisarkan bebanan yang ditanggung oleh Ali. Ali merupakan seorang doktor. Sebagai seorang doktor, dia bertanggungjawab dalam memastikan semua tugasannya dilaksanakan dengan baik. Dia berusaha sepenuhnya menentang penjualan rokok dan mengatakan bahawa rokok telah menyebabkan ramai orang menghidapi kanser dan jumlah penyakit kanser semakin meningkat. Umar, salah seorang pesakir Ali ialah mangsa penyakit kanser ini. Keadaan ini menyebabkan Ali berasa amat beban apabila Umar meminta Ali menamatkan riwayatnya daripada membiarkan dia terus hidup dalam kesakitan. Akan tetapi, Ali berasa harapan untuk sembuh masih ada lagi selagi terus hidup. Akhirnya, Ali membuat keputusan untuk menamatkan nyawa Umar selepas berbincang dengan Milah, iaitu isteri kepada Umar, tetapi Ali mendapat panggilan mengkhabarkan bahawa Umar telah tiada sebelum dia sempat melakukannya sendiri.

 

    Melalui cerpen ‘Degup Jantung’, penulis ingin membawa mesej kepada pambaca bahawa kita haruslah mencintai nyawa kita sendiri dan mengelakkan diri dari merokok. Selain itu, kita juga perlulah menyedari bahawa bahayanya rokok terhadap kesihatan kita.

 Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH