ENTRI 1 - KERIS MAS : DARAH DAN AIR MATA
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan sasterawan negara yang pertama iaitu Keris Mas.
Kamaludin Muhamad, terkenal dengan nama penanya, Keris Mas merupakan tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran sasterawan negara pada tahun 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau dilahirkan ke dunia tanggal 10 Jun 1922 meninggal dunia pada 3 September 1992 dalam usia 70 tahun akibat sakit jantung. Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran sasterawan negara pada tahun 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau merupakan pemimpin ASAS 50 yang mendukung kuat faham “Seni untuk Masyarakat” dan turut memberi isi dan arah seperti terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu. Beliau juga merupakan orang yang mengembangkan genre cerpen dalam kesusasteraan melayu moden pada awal tahun 1920. Sehingga akhir tahun 1960, Keris Mas telah menghasilkan sebanyak 60 buah cerpen. Dalam penulisannya, beliau telah mengemukakan pelbagai persoalan seperti soal cinta,kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat sehinggalah kepada persoalan sosial-politik sesudah merdeka.
‘Darah dan Air Mata’ merupakan sebuah kempulan cerpen yang ditulis oleh Keris Mas. Cerpen ini diterbitkan pada tahun 2006 dan mempunyai sebanyak 245 halaman. Cerpen ‘Darah dan Air Mata’ mempunyai dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Karya ini telah memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan , secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang menyinari tamadun bangsa dan juga menjadi mercu tanda klasik arena penceritaan yang dirakam dalam bahasa Melayu. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang satu abad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Pertempuran tercetus, meriam dan bom tangan berdentum-dentum membelah kesunyian, dan semangat perjuangan anak Melayu berkobar-kobar. Mereka tidak peduli dengan serangan musuh, dan terus maju dengan keberanian yang luar biasa.
Cerpen ini menunjukkan perajurit Melayu sangat berani kerana sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk melindungi tanah air mereka. Walaupun musuh berada di hadapan, mereka tetap berjuang dengan berani. Ini telah menunjukkan nilai keberanian dan nilai cinta akan tanah air dalam cerpen ini. Melalui cerpen ini, saya dapat mempelajari bahawa kita haruslah menghadapi kesusahan dengan berani, jangan mudah berputus asa. Kita mesti yakin bahawa selagi kita tabah, kita akan mengatasi segala kesukaran.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment