ENTRI 2 - RUHAINI MATDARIN : JENDELA MENGHADAP JALAN
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan satu sasterawan negara yang muda di Malaysia iaitu Ruhaini Matdarin.
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan graduan bagi Fakulti Pengurusan Kewangan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 2000, beliau mendapati bahawa beliau mempunyai minat dalam menulis semasa beliau masih belajar di Sekolah Maktab Sabah. Akhirnya, beliau dapat menerbitkan novel sendiri pada tahun 2007. Beliau merupakan graduan Sarjana Pengurusan Kewangan dan telah berkhidmat sebagai juruaudit sebelum berhenti untuk bekerja secara sendiri untuk menulis karya-karya penulisan pada tahun 2016. Beliau merupakan salah seorang penulis yang paling produktif dan terbaik dalam peralihan sastera di Malaysia. Beliau menulis banyak karya dan telah memenangi pelbagai anugerah melalui karyanya.
Melalui novel ‘Jendela Menghadap Jalan’, beliau memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. Novel ini kemudiannya terpilih menjadi teks KOMSAS bagi Tingkatan 4. Novel ini diterbitkan pada tahun 2009 dan mempunyai sebanyak 283 bilangan muka surta. Novel ini bermula dengan kisah seorang perempuan yang bernama Lili, iaitu watak utama dalam novel ini. Dia berasa berat hati untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir di sekolah menengah bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, Lili terpaksa akur dan pulang bercuti ke kampung demi menjaga hati ibunya.
Dalam perjalanan pulang ke kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama dengannya. Kebetulannya, mereka juga menuju ke destinasi yang sama. Di dalam bas, mereka berkongsi kisah-kisah kehidupan penduduk-penduduk kampung sepanjang perjalanan sampai berada di kampung datuk dan nenek Lili. Apabila sampai ke sana, Lili tertarik dengan suasana kampung yang amat berbeza dengan gaya kehidupan di bandar.
Pekerjaan datuk Lili sebagai seorang pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili, Geetha dan Danel. Ini adalah kerana ibu Geetha, iaitu Letchumi yang telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakitnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Perkara-perkara ini menarik perhatian Lili untuk meninggal di kampung datuk dan neneknya. Sejak hari pertama Lili tiba di kampung, dia disambut dengan isu memasang kubah surau dam pembinaan masjid yang dibincangkan oleh datuk bersama-sama dengan masyarakat kampung. Isu ini menarik perhatian Lili dan dia tidak berani meluahkan pandangannya kerana sifatnya yang agak pendiam. Selain itu, Lili juga mendengar tentang isu anak-anak Che Jah menjadi musuh masyarakat kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan suka mencuri. Kadang-kala, walaupun dia menyuarakan masalah yang dihadapi di Kampung Sentosa kepada neneknya, nenekya selalu menyuruh Lili agar tidak masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ini tetap bukan satu halangan kepada Lili untuk melontarkan fikirannya apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa dengannya.
Pada suatu hari, Lili telah diculik oleh anak-anak Che Jah, iaitu Rafik dan Haziq semasa dalam perjalanan pulang dari pekan. Mujurlah, Danel telah menyelamatkan Lili daripada bahaya. Selepas itu, Lili bukan sahaja tidak marah malah bersimpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Oleh itu, Lili berputus untuk membantu keluarga Che Jah. Tindakannya ditentang oleh datuk dan neneknya pada mulanya kerana berasa bimbang atas faktor keselamatan, tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini tidak mengambil peduli dengan keadaan sekeliling.Cuti persekolahannya di kampung datuk dan nenek pada tahun tersebut amat bermakna kepada Lili kerana pandangannya diterima oleh datuk dan penduduk-penduduk kampung dan juga dia dapat membantu untuk menyelesaikan isu kekeluargaan Che Jah serta menyelesaikan isu pemasangan kubah di surau.
Novel ini berakhir dengan Lili, Geetha dan Danel menghabiskan cuti mereka di kampung dengan menikmati matahari terbit. Sebelum balik ke Kuala Lumpur, neneknya mula menceritakan tentang maksud jendela menghadap jalan kepada Lili. Walaupun Lili, Geetha dan Danel berpisah, mereka masih ada berhubung. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meruskan pelajarannya dan Danel ada menulis surat kepada Lili.
Melalui novel ‘Jendela Menghadap Jalan’, penulis ingin menyampaikan mesej bahawa kita haruslah berani dalam menyuarakan pendapat kita Apabila kita mempunyai pendapat yang berlainan dengan orang lain bukannya mendiamkan diri sahaja. Selain itu, kita haruslah taat dan akur kepada ibu bapa kita supaya melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment