ENTRI 12 - DATO' DR. AHAMD KAMAL ABDULLAH : ANNA

Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan pengarang sastera yang terkenal iaitu Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah.

 


    Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah juga dikenali sebagai Kemala atau Akmal Jiwa yang merupakan nama penanya. Beliau dilahirkan di Gombak, Selangor pada 30 Januari 1941 dan meninggal dunia pada 27 Oktober 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru (1963-1968) di Kuala Kubu Baharu, Tanjung Karang, Teluk Gong, Pelabuhan Kelang. Pada Mac 1968, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penyunting. Kemudian, sebagai Redaksi majalah Dewan Pelajar, Dewan Sastra. Jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Beliau merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang ke-11 pada tahun 2011 dan pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) ke-8 pada tahun 1986. Karya yang ditulis oleh beliau merangkumi cerpen, puisi, drama, buku kajian sastera dan buku kanak-kanak.

 


    Drama Anna mengisahkan Anna, seorang gadis Inggeris-Melayu yang dibesarkan di England dan ibunya ditembak mati oleh komunis semasa darurat Malaya. Thomas Carpenter, ayah kepada Anna merupakan seorang bekas Pengurus Besar sebuah Ladang Getah Inggeris di Malaya. Anna merupakan seorang mahasiswi jurusan ekonomi di Universiti Cambridge, tetapi dia memilih tidak meneruskan pengajiannya dan mengikut Zaki, lelaki kesayangannya ke Malaysia.

 

    Pada tahun 1967, jam menunjukkan 8:00 malam, Anna berlari-lari menuju ke kaunter lapangan terbang untuk menanyakan jadual perjalanan penerbangan ke London pada 8:30 malam, tetapi disebabkan masalah teknikal, pesawat itu dijangka berlepas lewat setengah jam. Semasa menunggu, Anna teringat pesanan dan kata-kata ayahnya yang mengatakan bahawa Anna tidak akan bahagia jika bersama dengan Zaki kerana Zaki ialah orang timur yang lebih menyayangkan ibunya.

 

    Apabila Anna menunggu petugas kaunter memanggil mereka, Zaki sedang memujuk Anna di luar lapangan terbang supaya tidak pulang ke London demi dia dan anak mereka, iaitu Tina, namun Anna tetap berkeras ingin pulang ke London. Ini disebabkan oleh Anna merasakan dirinya dipenjara dan diabaikan oleh Zaki selama 4 tahun kerana sikap Zaki yang lebih sayang akan ibunya, Mak Munah. Kemudian, Dr. Chan datang apabila Zaki sedang memujuk Anna dan memberitahu Anna bahawa Zaki sangat menyayangi Anna dan Mak Munah pula akan menjalani pembedahan mata tidak lama lagi. Dia berharap Anna dapat balik ke operasi Zaki untuk menemaninya. Mak Munah dan Tina pun datang tidak lama lagi.

 

    Cerita ini berakhir dengan ketibaan Mak Munah dan memujuk Anna  agar mempertimbangkan keputusannya yang ingin pulang ke London demi Zaki dan Tina. Akan tetapi, Tina tetap dengan pendiriannya  dan meneruskan penerbangannya walaupun Mak Munah asyik memujuknya.

 

   Melalui drama ini, Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah ingin menunjukkan pembaca tentang pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami isteri yang berasal dari negara, bangsa dan latar belakang keluarga yang berbeza.

 

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

ENTRI 6 - USMAN AWANG: DEGUP JANTUNG

ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH