ENTRI 10 - MOHD. ANWAR RIDHWAN : HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera bernama Anwar Ridhwan.
Mohd. Anwar Ridhwan ialah seorang penulis novel Malaysia dan dianugerahi sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Ogos 2009. Nama sebenar beliau ialah Dato’ Dr. Anuar Haji Rethwan. Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. beliau dilahirkan di sebuah keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor.
Karya yang saya pilih ialah novel ‘Hari-hari Terakhir Seorang Seniman’. Novel ini diterbitkan pada tahun 1979 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mempunyai 189 halaman. Novel ini kemudian telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Urdu. Anwar Ridhwan pernah memenangi anugerah Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Anjuran Yayasan Sabah (GAPENA) pada tahun 1979 dengan novel ini.
Novel’Hari-hari terakhir Seorang Seniman’ merupakan sebuah novel yang mengisahkan berkenaan seorang lelaki tua bernama Pak Hassan, seorang penglipur lara di kala kehidupan zaman pendudukan British dan Jepun. Kehadirannya di beberapa buah daerah menghiburkan penduduk setempat kerana kebijaksanaan dan kepintaran beliau mengolah cerita dapat menceriakan mereka untuk mendengarnya. Pada zaman itu, zaman tidak begitu maju seperti sekarang. Radio pula mahal dan bukan semua orang yang mempu membelinya. Maka, Pak Hassan menjadi tumpuan penduduk untuk berhibur. Namum, kehidupan Pak Hassan diingkari dengan kesedihan akibat sakit selepas bersalin. Dia ditemani oleh duo orang anaknya yang bernama Senah dan Mat Jusuh.
Keperibadian Pak Hassan yang ceria, ramah dan suka bergurau telah menghiburkan jiran-jirannya dan menjadikan mereka tidak berasa janggal dengan Pak Hassan sekeluarga. Akhirnya, Pak Hassan sekeluarga dijemput untuk menetap di sebuah kampung dengan tawaran tanah dan rumah oleh Iman Mahali. Sejak itu, sebuah kampung yang suram itu kini bersinar dengan kehadiran Pak Hassan sekeluarga. Novel ini berakhir dengan anak-anaknya sudah membesar dan Senah sebagai anak sulung telah berlahwin dan banyak mengikut ciri-ciri isterinya sehingga Pak Hassan teringat kepada isterinya, Selemah. Manakala, Mat Jusuh yang terencat akal masih mengganggu pemikirannya.
Melalui novel ini, Mohd. Anwar Ridhwan ingin menyedarkan pembaca bagaimana masyarakat setempat hidup secara bersama-sama, saling menolong tanpa mengira keadaan sesebuah keluarga dan tanpa mengira sesiapa sahaja pada suatu ketika dahulu. Semua perkara yang dilakukan oleh mereka adalah dengan ilkhlas dan penuh kejujuran.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment