ENTRI 14 - KESIMPULAN
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya, hari ini saya akan mengakhiri kerja saya dengan berkongsi perasaan saya sepanjang 14 minggu ini belajar BBK 3410 iaitu subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Semasa saya mendaftar kursus ini, saya langsung tiada idea tentang kursus ini. Nama pensyarah saya ialah Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin. , saya dapat merasai beliau merupakan seorang pensyarah yang hebat dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar. Beliau menerangkan rangkaian kursus dan tugasan dengan jelas. Tugasan yang diberikan oleh beliau amat cabar terutamanya tugasan yang kedua iaitu mencipta lima buah sajak dan 2 buah cerpen kerana saya tidak mahir menulis dan saya tidak pernah mencipta sajak dan cerpen dahulu. Nasib baik, saya dapat menyempurnakan tugasan itu dengan sempurna melalui pengajaran beliau. Begitu juga dengan tugasan pertama dan tugasan ketiga.
Melalui kursus ini, saya dapat mengenali banyak sasterawan negara yang terkenal dan mempunyai sumbangan dalam hasil penulisan. Saya juga dapat mengetahui banyak karya yang ditulis oleh mereka. Ini memberi saya satu peluang untuk membaca kepada karya mereka dan mengenali mereka kerana saya tidak pernah membaca buku sastera dalam bahasa Melayu. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kamarudin yang sering memberi bantuan semasa saya melaksanakan tugasan dan memberi penjelasan yang jelas serta sering mendorong kita untuk memberi pendapat di dalam kelas.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment