ENTRI 8 - ARENA WATI : BUNGA DARI KUBURAN

1. Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan pengarang sastera yang terkenal yang bernama Arena Wati.

 


     Nama sebenar Arena Wati (nama pena) ialah Muhammad bin Abdul Biang. Beliau dilahir pada tahun 30 Julai 1925 di Kampung Kabupatan, Jeneponto, Makassar, Indonesia. Beliau pernah menerima banyak anugerah seperti Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) (1985), Anugerah Sasterawan Negara (1987) dan lain-lain lagi. Arena Wati meneroka dunia penulisan dengan mencipta novel, cerpen, puisi dan wacana yang merangkumi pelbagai ilmu tentang kehidupan.

 


    Karya Arena Wati yang bertajuk ‘Bunga Dari Kuburan’ ialah sebuah novel. Novel ini adalah jilid pertama dari tiga siri novel. Jilid pertama ini mengambil lokasi Amerika dan memberi tumpuan kepada isu-isu Amerika dan perspektif  mereka tentang masa dahulu dan masa depan Asia Tenggara. Novel ini diterbitkan pada tahun 1987 dan mempunyai 376 halaman.

 

   Novel ini berkisar kepada Jahid dan beberapa orang mahasiswa berasal dari Asia Tenggara yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Mereka belajar di bawah pimpinan Profesor Walter. Malangnya, suatu malapetaka terjadi semasa mereka menuntut pelajaran di universiti. Beberapa bahagian negara di Amerika Syarikat hancur dalam malapetaka tersebut. Rakyat di Amerika Syarikat beranggapan bahawa golongan Yahudilah yang mencetuskan angkara dan kerosakan ini. Dalam novel ini, Arena Wati mengguna Amerika Syarikat sebagai latar belakang untuk mempersembahkan watak-watak pelbagai kaum. Tujuannya adalah untuk melihat pandangan orang di Amerika Syarikat terhadap masyarakat Timur, yang sangat berlainan daripada cara hidup dalam masyarakat Amerika Syarikat.

 

    Novel ‘Bunga Dari Kuburan’ turut mendedahkan beberapa masalah yang dihadapi oleh Amerika Syarikat seperti ancaman ribut salji, malapetaka alam, penentangan daripada masyarakat dunia dan rakyat Amerika Syarikat terhadap orang-orang Yahudi yang tidak berhenti melakukan angkara dan kerosakan kepada umat manusia.


Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

ENTRI 6 - USMAN AWANG: DEGUP JANTUNG

ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH