ENTRI 9 - ABDULLAH HUSSAIN : HADIAH
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang bernama Abdullah Hussain.
Abdullah Hussain, penerima Anugerah Sasterawan Negara merupakan seorang penulis dan novelis hebat dan terkenal yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan. Pendedahan beliau di dunia penerbitan dan penulisan bermula sekitar tahun 1939 apabila beliau bekerja dengan syarikat surat khabar Sahabat di Pulau Pinang. Beliau telah menghasilkan novel, kumpulan cerpen, terjemahan, autobiografi dan sebagainya. Beliau juga dianugerahi S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 1981.
Karya yang saya ingin memperkenalkan bertajuk ‘Hadiah’. ‘Hadiah’ ialah sebuah cerpen yang ditulis oleh Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1973 dan mempunyai 329 halaman. Cerpen ini menceritakan Azizah, seorang murid yang pintar dan berasal daripada keluarga yang miskin. Pada suatu hari, semua orang sedang bercakap tentang Hari Guru yang bakal diadakan tidak lama lagi. Azizah ingin membelikan hadiah untuk guru kesayangannya, Cikgu Zaleha tetapi dia tidak mempunyai duit. Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton, Hamidah Alizah, Rashid dan Hashim pula bercadang memberikan hadiah yang mahal guru-guru kesayangan masing-masing. Ayah Azizah bekerja sebagai penarik beca manakala ibunya yang cacat sebelah kaki mengambil upah untuk menganyam tikar mengkuan. Waalupun dia pernah bertanya kepada ibunya beberapa kali, ibunya hanya menggeleng kerana kebanyakan duit telah digunakan untuk membayar yuran abangnya, Azman yang belajar di UiTM. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membuka tabung untuk membeli hadiah.
Pada suatu hari, Azizah bersetuju dengan ibunya yang mencadangkannya untuk membuat hadiah sendiri. Pada petang itu, Azizah sibuk menganyam enam tudung saji sebagai perhiasan. Pada Hari Guru, Azizah menyerahkan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha dan meminta Cikgu Zaleha membuka hadiahnya di rumah. Cikgu Zaleha dapat merasai sikap Azizah yang tulus dan penuh kesungguhan dengan mencubit bucu pembalut hadiahnya. Kemudian, Cikgu Zaleha memberi Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah dan menyuruhnya untuk bertanding. Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-kata semangat ayah dan ibunya. Akhirnya, Azizah mengguna gelaran Profesor Serba Boleh yang diberi oleh Cikgu Zaleha mendapat johan di peringkat daerah dan naib johan di peringkat negeri. Hasil kraf tangan Azizah berjaya menambat hati para juri dan memenangi kategori Karya Inovatif di peringkat kebangsaan. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.
Melalui cerpen ‘Hadiah’, Datuk Abdullah Hussain ingin menyampaikan bahawa kita haruslah sentiasa mengingati kerja keras guru untuk mendidik muridnya dan membalas jasa mereka. Kita juga haruslah gigih dan rajin dalam melakukan sesuatu perkara walaupun menghadapi halangan agar kita dapat mencapai kejayaan.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment