ENTRI 10 - MOHD. ANWAR RIDHWAN : HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN

Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera bernama Anwar Ridhwan. Mohd. Anwar Ridhwan ialah seorang penulis novel Malaysia dan dianugerahi sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Ogos 2009. N ama sebenar beliau ialah Dato’ Dr. Anuar Haji Rethwan. B eliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. beliau dilahirkan di sebuah keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Karya yang saya pilih ialah novel ‘Hari-hari Terakhir Seorang Seniman’. Novel ini diterbitkan pada tahun 1979 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mempunyai 189 halaman. Novel ini kemudian telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Urdu. Anwar Ridhwan pernah memenangi anugerah Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Anjuran Yayasan Sabah (GAPENA) pada t...