ENTRI 7 - A. SAMAD SAID : SALINA
Selamat sejahtera, hari ini saya ingin memperkenalkan penulis sastera bernama A. Samad Said.
Nama sebenar A. Samad Said ialah Abdul Samad bin Muhammad Said. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Sepanjang karier penulisan, beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia.Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A. Write Award (1979), Anugerah Sastera Negara (1985) dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999). Beliau juga pernah mendapat anugerah lain melalui karyanya. Karya-karya terkenal yang ditulis oleh beliau mempunyai Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau dan sebagainya.
Karya yang ingin saya memperkenalkan ialah novel beliau yang bertajuk ‘Salina’. Novel ini diterbitkan pada tahun 1961 dan mempunyai sebanyak 371 halaman. Penceritaan novel ini dapat digambarkan dengan watak Siti Salina, iaitu seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja dan sering meminta duit daripada Siti Salina.
Abdul Fakar ialah seorang kaki mabuk, kaki perempuan dan suka memukul orang serta meminta duit daripada Siti Salina. Walaupun Siti Salina sentiasa dipukul oleh Abdul Fakar, dia tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajahnya yang seiras dengan wajah arwah kekasihnya, Muhamad Yusuf yang meninggal dunia dalam perang dunia kedua. Pada mulanya, Siti Salina dilahirkan di sebuah keluarga yang kaya, namun perang dunia kedua telah menyebabkan kematian ahli keluarganya dan kehilangan harta benda. Akhirnya, dia terpaksa menjadi seorang pelacur untuk menyara diri. Selain itu, watak Nahidah sebagai seorang pelacur kerana dipaksa oleh ibu tirinya. Tujuan ibu tirinya adalah untuk hidup dalam kemewahan dengan menggunakan duit yang dicari Nahidah, Tanpa pengetahuan ibu tirinya dan Siti Salina, Nahidah sering diusik oleh Abdul Fakar.
Seterusnya, Zarina telah menghalau Sunarto dan Mansur yang kerap disindir oleh ibu tirinya atas hasutan Abdul Bakar. Selepas dihalau, mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka dan memasuki tentera. Hal ini menyebabkan Abdul Fakar semakin berani untuk mengusik dan memperkosa Nahidah kerana tiada orang yang mengetahui perlakuannya. Setelah diperkosa, Nahidah terpaksa melarikan diri dari Singapura dan kemudiannya berkahwin dengan seorang buruh dan menetap di Pulau Pinang. Hilmy, seorang remaja yang masih bersekolah, sering mendapat bantuan kewangan daripada Salina untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang sering sakit. Dia berasa kecewa atas pemergian Nahidah manakala Siti Salina turut meninggalkan Abdul Fakar dan berhijrah ke Kelantan setelah mendengar nasihat Katijah. Abdul Bakar berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap Siti Salina dan pergi mencari Siti Salina tetapi gagal mencarinya.
Novel 'Salina' ialah karya realis yang sedih tentang kehidupan selepas Perang Dunia Kedua di Singapura.. Melalui novel ‘Salina’, Samad Said hendak memberitahu kepada penulis bahawa betapa ngerinya peperangan terhadap setiap negara dan orang. Novel ini juga menceritakan walaupun kita menghadapi kesukaran, kita tidak seharusnya melepaskan peluang untuk hidup. Sebagai contohnya, Siti Salina tidak berputus asa untuk terus hidup walaupun keluarganya meninggal dunia dan harta bendanya semua hilang akibat perang dunia kedua. Walaupun Salina ialah seorang pelacur, tetapi halus jiwa dan budinya harus kita pelajari. Konklusinya, novel ‘Salina’ memberi kepuasan kesenian bukan sahaja kepada masyarakat Melayu, tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment