ENTRI 3 - AMINAH MOKHTAR : GERHANA MANUSIA

Selamat sejahtera. Hari ini saya akan memperkenalkan seorang penulis yang terkenal iaitu Aminah Mokhtar.

 


      Aminah Mokhtar dilahirkan pada tahun 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai seorang jururawat pelatih dan beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Akhirnya, beliau bekerja sebagai jururawat terlatih di wad bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Namun begitu, beliau juga ada mencipta. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mendorong beliau menerima pelbagai hadiah. Beliau juga memenangi Anugerah Sasterawan Johor pada tahun 2021.

 


      Cerpen ‘Gerhana Manusia’ karya Aminah Mokhtar memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat seorang pesakit sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan. Cerpen ini mula dengan mengisahkan suasana kecemasan dan kesibukan di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di dalam wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang mengalami koma dan hanya bergantung pada alat sokongan hidup untuk meneruskan nyawanya. Ini adalah kerana dia mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru disebabkan oleh gaya hidup yang tidak baik. Profesor Doktor Juaidi menyuruh kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di bank darah hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada majlis sosial tahunan kelab elit mereka.Sifat dermawannya menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upayanya untuk menyelamatkan nyawa beliau.

 

      Nusia memberitahu Doktor Murni bahawa bank darah sudah kehabisan stok darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu menderma darah. Nusia berasa tidak puas hati atas tindakan Doktor Murni dan berasa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi.Nusia beranggapan bahawa arahan Profesor Doktor Juaidi yang menyuruh Doktor Murni masuk ke dalam tubuh Tuan Besar Musa adalah suatu pembaziran kerana terdapat pesakit lain berada di wad Unit Rawatan Rapi yang cemas menunggu bantuan darah untuk menyelamatkan mereka.

 

      Walaupun Nusia meluahkan masalah tersebut kepada Doktor Murni juga tidak dapat mengubah keadaan itu keran mereka adalah golongan minoriti dan tidak dapat mengambil keputusan Oleh itu, dia  pun memujuk juruteknik makmal darah agar memberi lima pek darah tulen untuk kegunaan pesakit-pesakit lain tetapi telah ditolak. Namun begitu, dia tetap tidak berputus asa dan mengatakan bahawa dia akan menghadapi segala risiko, iaitu dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi.

 

    Pada masa yang sama, Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin dan atropina. Namum demikian, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan dan takut kerana kematian beliau akan menyebabkan kelab elit mereka kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Selepas kejadian tersebut, Doktor Murni membuat keputusan untuk untuk meletak jawatan dan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Professor Doktor Juaidi. Ini kerana dia berasa dia sudah menghilangkan sifat kemanusiaan sebagai seorang doktor do hospital. Kemudiannya, dia mengajak Nusia ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah kepada semua pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.

 

    Melalui cerpen ‘Gerhana Manusia’, mesej yang ingin dibawa oleh Aminah Mokhtar ialah kita haruslah sentiasa berasa bersimpati terhadap nasib orang lain yang dalam kesusahan dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka. Selain itu, kita juga haruslah berani dalam membuat keputusan dan mengelakkan mempunyai sikap tidak pasti supaya tidak meninggalkan penyesalan. Seterusnya, kita mestilah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa melaksanakan tugas supaya kerja dapat siap dengan sempurna.

 

Sekian, terima kasih.

 

Comments

Popular posts from this blog

ENTRI 2 - RUHAINI MATDARIN : JENDELA MENGHADAP JALAN

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH