Posts

Showing posts from April, 2022

ENTRI 5 - DATO' DR. ZURINAH HASSAN : HATIMU AISYAH

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang bernama Zurinah Hassan.       D ato' Dr. Zurinah Hassan merupakan seorang penyair wanita tanah air. Beliau juga terkenal dengan nama penanya iaitu Haniruz. Beliau merupakan seorang sasterawan negara pada yang ke-13 pada tahun 2015. Pada hari itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyampaikan anugerah tersebut kepada Zurinah Hassan dan beliau ialah wanita pertama yang menerima penghormatan tersebut. Dato' Dr. Dr Zurinah Hassan mula dikenali oleh orang melalui sajak beliau yang bertema ‘Sesayup Jalan’ yang dihasilkan pada tahun 1974. Beliau juga pernah menerima kejayaan lain dalam bidang kesusasteraan iaitu Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) 2004, Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN 2013 dan Hadiah Sastera Perdana.       Jadi, karya yang ingin saya perkenalkan ialah novel ‘Hatimu Aisyah’. Novel ini menggambarkan ju...

ENTRI 4 - SITI ZAINON ISMAIL : BUNGA PUTIK PUTIH

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya ingin memperkenalkan seorang pengarang sastera yang bernama Siti Zainon Ismail.     Siti Zainon Ismail dilahirkan pada 18 Disember 1949, di Gombak. Beliau merupakan penyair tanah air yang mempunyai riwayat yang panjang dalam bidang penulisan seni sastera, budaya dan akademik. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, novel, kajian ilmiah dan hal ehwal seni budaya. Berdasarkan pengiktirafan dan pengalaman yang luas, karya seni yang dicipta oleh beliau melalui puisi dan cerita pendek dijelmakan secara estetik. Selain itu, beliau juga merupakan penerima Anugerah Sastera Negara dan juga membawa gelaran Sasterawan Negara yang ke-14 dan menerima anugerah S.E.A Write Award pada tahun 1989.     Kumpulan cerpen ‘Bunga Putik Putih’merupakan salah satu karya daripada Siti Zainon Ismail pada tahun 1991. Cerpen ini mempunyai 133 halaman. Cerpen ini  merupakan antologi cerpen ketiga Siti Zainon Ismail sesudah Seri Padma dan Attar dari Lembah Mawar. ...

ENTRI 3 - AMINAH MOKHTAR : GERHANA MANUSIA

Image
Selamat sejahtera. Hari ini saya akan memperkenalkan seorang penulis yang terkenal iaitu Aminah Mokhtar.         A minah Mokhtar dilahirkan pada tahun 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai seorang jururawat pelatih dan beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Akhirnya, beliau bekerja sebagai jururawat terlatih di wad bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Namun begitu, beliau juga ada mencipta. P encapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mendorong beliau menerima pelbagai hadiah. Beliau juga memenangi Anugerah Sasterawan Johor pada tahun 2021.         C erpen ‘Gerhana Manusia’ karya Aminah Mokhtar memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat seorang pesakit sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan . Cerpen ini mula dengan ...

ENTRI 2 - RUHAINI MATDARIN : JENDELA MENGHADAP JALAN

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan satu sasterawan negara yang muda di Malaysia iaitu Ruhaini Matdarin.   Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan graduan bagi Fakulti Pengurusan Kewangan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 2000, beliau mendapati bahawa beliau mempunyai minat dalam menulis semasa beliau masih belajar di Sekolah Maktab Sabah. Akhirnya, beliau dapat menerbitkan novel sendiri pada tahun 2007. Beliau merupakan graduan Sarjana Pengurusan Kewangan dan telah berkhidmat sebagai juruaudit sebelum berhenti untuk bekerja secara sendiri untuk menulis karya-karya penulisan pada tahun 2016. Beliau merupakan salah seorang penulis yang paling produktif dan terbaik dalam peralihan sastera di Malaysia. Beliau menulis banyak karya dan telah memenangi pelbagai anugerah melalui karyanya.   Melalui novel ‘Jendela Menghadap Jalan’, beliau memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. Novel in...