Posts

Showing posts from July, 2022

ENTRI 14 - KESIMPULAN

Image
     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya, hari ini saya akan mengakhiri kerja saya dengan berkongsi perasaan saya sepanjang 14 minggu ini belajar BBK 3410 iaitu subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Semasa saya mendaftar kursus ini, saya langsung tiada idea tentang kursus ini. N ama pensyarah saya ialah Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin. , saya dapat merasai beliau merupakan seorang pensyarah yang hebat dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar. B eliau menerangkan rangkaian kursus dan tugasan dengan jelas. T ugasan yang diberikan oleh beliau amat cabar terutamanya tugasan yang kedua iaitu mencipta lima buah sajak dan 2 buah cerpen kerana saya tidak mahir menulis dan saya tidak pernah mencipta sajak dan cerpen dahulu. N asib baik, saya dapat menyempurnakan tugasan itu dengan sempurna melalui pengajaran beliau. B egitu juga dengan tugasan pertama dan tugasan ketiga.       M elalui kursus ini, saya dapat mengenali banyak sasterawan...

ENTRI 13 - SHAHNON AHMAD : RANJAU SEPANJANG JALAN

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang penulias sastera yang terkenal iaitu Shahnon Ahmad.       Prof. Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad  juga dikenali dengan nama penanya, Juwahir dan Tutang, dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman Sik, Kedah Darulaman. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 26 Disember 2017 dalam usia 84 tahun. Beliau mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an dan telah muncul sebagai penulis yang bakat dalam masa 10 tahun. Beliau merupakan seorang penulis prolifik yang menghasilkan karya kreatif khususnya cerpen dan novel serta ulasan artikel dan terjemahan. B eliau juga merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang kedua pada 9 Oktober 1982.       Novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ adalah salah satu karya daripada Shahnon Ahmad yang diterbitkan pada tahun 1966 dan mempunyai sebanyak 188 halaman. N ovel ini banyak menyentuh tentang kemiskinan dan perjuangan keluarg...