Posts

Showing posts from June, 2022

ENTRI 12 - DATO' DR. AHAMD KAMAL ABDULLAH : ANNA

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan pengarang sastera yang terkenal iaitu Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah .       Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah   juga dikenali sebagai Kemala atau Akmal Jiwa yang merupakan nama penanya. Beliau dilahirkan di Gombak, Selangor pada 30 Januari 1941 dan meninggal dunia pada 27 Oktober 2021. B eliau pernah berkhidmat sebagai Guru (1963-1968) di Kuala Kubu Baharu, Tanjung Karang, Teluk Gong, Pelabuhan Kelang. Pada Mac 1968, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penyunting. Kemudian, sebagai Redaksi majalah Dewan Pelajar, Dewan Sastra. Jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.   B eliau merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang ke-11 pada tahun 2011 dan pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award)   ke-8 pada tahun 1986. Karya yang ditulis oleh beliau merangkumi cerpen, puisi, drama, buku kajian sastera dan buk...

ENTRI 11 - BAHA ZAIN : BERGURU PADA BINATANG

Image
Selamat sejahtera, hari ini saya akan memperkenalkan seorang pengarang sastera yang terkenal iaitu Baha Zain.       Nama sebenar Baha Zain ialah Dato ’   (Dr.) Baharuddin Zainal. Beliau dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939. beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1963 dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta  (1972). Baha Zain mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1963 sehingga 1984 dengan pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera serta bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebelum terjun ke dunia penerbitan melalui Pustaka Cipta Sdn Bhd   pada tahun 1985. Beliau pernah menulis puisi, esei atau kritikan, cerpen dan sebagainya. B eliau merupakan Sasterawan Negara yang ke-12 di Malaysia pada tahun 2013 dan pemenang S.E.A. Write Award ke-2 pada tahun 1980.  ...