ENTRI 1 - KERIS MAS : DARAH DAN AIR MATA
Selamat sejahtera, ha ri ini saya akan memperkenalkan sasterawan negara yang pertama iaitu Keris Mas. Kamaludin Muhamad, terkenal dengan nama penanya, Keris Mas merupakan tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran sasterawan negara pada tahun 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau dilahirkan ke dunia tanggal 10 Jun 1922 meninggal dunia pada 3 September 1992 dalam usia 70 tahun akibat sakit jantung. Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran sasterawan negara pada tahun 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau merupakan pemimpin ASAS 50 yang mendukung kuat faham “Seni untuk Masyarakat” dan turut memberi isi dan arah seperti terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu. Beliau juga merupa...